"Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya"
Aku sentiasa teringatkan kamu wahai sahabat2 ku. Tetapi aku tidak bisa utk menghubungi kalian kerana kesilapan yang aku lakukan. Dan kalian tidak mungkin memaafkan diriku. Biar sahaja kenangan yang ada terhapus bersama masa. Aku sering teringat saat pahit dan manis yang telah dilalui bersama. Biar aku hanya melihat kalian dari kejauhan ini. Agar dapat merasa sedikit tempias kebahagiaan yang kalian kecapi. Aku merasa terlalu malu. Malu dengan keadaan diriku yang penuh dengan kekurangan. Sedangkan kalian berjaya dan bahagia dalam hidup, tetapi aku... tiada apa yang hendak dibangga kan.
Percaya lah walau dimana pun aku berada, aku sentiasa mendoakan kan yang terbaik buat kalian. Dan aku juga percaya ada hikmah disebalik perjalanan hidup ku. Tuhan sudah merencanakannya sejak azali lagi. Aku pasrah. Aku berharap aku punyai kekuatan sekiranya berjumpa dengan kalian kembali.
No comments:
Post a Comment