Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

Pagi Hari Ahad semalam aku dapat saksikan sendiri kisah seorang ibu yang hebat... Aku tengok kisah ibu hebat tersebut di TV1, sambil menangis kerana aku rasa betapa bertuah dan bahagianya dia sebagai seorang perempuan, isteri, dan ibu. Dan anak-anak lelaki beliau seramai sembilan orang itu juga bertuah kerana dapat seorang ibu yang hebat macam tuh. Aku yang teruja sangat dengan kisah itu. Maklumlah anak aku ketiga-tiganya lelaki, so ianya macam motivasi untuk aku agar aku tidak putus harapan terhadap semua anak-anak lelaki aku.

Memang sekarang ketiga-tiga anak aku agak hyperaktif dan selalu buat aku naik angin, tapi bila lihatkan wanita hebat tersebut aku terus menginsafi diri aku... Lepas ini kena ler bahagi-bahagikan tugas. Tak lah asyik angah jer yang kena suruh... si abang gan adik tau memerintah angah jer... sian angah... So, aku nak keluarkan entry nie , untuk aku memotivasikan aku supaya bersemagat menjadi mama kepada 3 orang anak lelaki aku tuhh...

Ketakwaan yang tinggi, mementingkan disiplin dan pendidikan anak-anak serta usahanya mewakafkan tanah dan sebahagian rumah untuk dijadikan pusat tahfiz al-Quran memberi merit kepada Awiah Awi untuk diangkat sebagai Ibu Mithali 2010.

Awiah, 64, balu sembilan anak lelaki, memenangi anugerah tersebut setelah mengatasi tiga finalis lain untuk membolehkan beliau menerima hadiah wang tunai RM25,000; pakej umrah untuk tiga orang bernilai RM20,000; kerongsang emas bertatah berlian bernilai RM3,000 dan piala.

Kesemua anaknya, masing-masing berusia antara 20 dan 48 tahun kecuali anak kedua yang bertugas di luar negara, hadir menyaksikan acara penuh bersejarah bagi keluarga mereka itu.

Awiah yang ditemui pada sidang akhbar selepas majlis tersebut berkata, beliau amat bersyukur dengan anugerah yang diberikan namun mengakui ia sesuatu yang berat untuk dipikul.

"Anugerah ini sesuatu yang menggembirakan dan tidak disangka-sangka dan saya merasa seperti tidak layak," katanya merendah diri.

Nenek kepada 42 cucu dan seorang cicit itu disifatkan sebagai wanita yang memiliki semangat juang tinggi khususnya dalam membantu suaminya mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Berhasrat menyumbang sebahagian wang yang diterima untuk kegunaan pusat tahfiz kelolaannya di Muar dan Kemboja, Awiah berkata, Pusat Tahfiz An-Nur yang didirikan di Muar kini mempunyai 160 pelajar termasuk dari Indonesia, Singapura dan Kemboja manakala di Kemboja yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu memiliki 60 pelajar.

Mengenai rahsia kejayaan mendidik anak-anak, Awiah memberitahu, selain hasil didikan tegas arwah suaminya, Hamid Samad, seorang pesara tentera yang meninggal empat tahun lalu, beliau juga seorang yang tegas dan amat mementingkan disiplin.

Maka tidak hairanlah anaknya menjadi doktor pertama di kampung halaman mereka selain menjadi anak kampung pertama yang menjejakkan kaki ke universiti.

Seorang anak Awiah, Mohd. Fauzi, 41, berkata, ibunya sangat menitikberatkan soal pembahagian masa dan memastikan setiap anak membantunya termasuk kerja-kerja dapur.

"Tetapi mak akan pastikan anak yang akan menduduki peperiksaan memberi tumpuan kepada pelajaran manakala yang lain akan melakukan kerja-kerja rumah," kata pengurus di sebuah syarikat telekomunikasi di ibu kota itu.

Bagaimanapun, Awiah Awi tidak pernah melihat kelemahan itu wujud dalam dirinya. Lalu, ketika usia mudanya beliau sedaya upaya melakukan pelbagai pekerjaan seperti menjual kuih dan menjahit serta kerja berat lain yang boleh mendatangkan rezeki halal.

Beliau tidak pernah lelah mahu pun mengeluh, semata-mata mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Berkat kegigihan dan ketulusan hati seorang ibu, Awiah dinobatkan sebagai Ibu Mithali ke-10 dan boleh berbangga kerana semua ‘hero’ dididik dengan tegas tetapi penuh kasih sayang kini meniti kejayaan hidup masing-masing.

Awiah yang berasal daripada Muar, Johor Bahru berkata, membuatnya berasa lebih gembira dan bahagia ialah apabila semua anak-anak walaupun sudah berjaya di dunia, mereka tidak pernah lupa untuk memberi sumbang bakti dalam kerja kebajikan masyarakat dan aktiviti keagamaan.

Semua kejayaan keluarganya sekarang adalah hasil didikan tegas bersama arwah suaminya, Hamid Samad, seorang bekas tentera yang meninggal dunia empat tahun lalu kerana sakit tua.
Mengimbas kehidupannya, Awiah berkata beliau berkahwin muda ketika berusia sembilan tahun bersama pasangan hidupnya yang juga pilihan keluarganya tetapi hanya memulakan hidup sebagai suami isteri ketika beliau berusia 13 tahun tanpa sebarang pengalaman untuk menjadi seorang ibu muda.

Namun, hari ini, hampir semua anaknya yang berusia antara 20 tahun dan 48 tahun berjaya dicorakkan menjadi insan berguna sehingga berjaya menggenggam ijazah serta mempunyai kerjaya baik seperti pengurus, doktor, pengetua dan ahli perniagaan.

Ditanya apakah, cabaran besar mendidik anak ramai, apatah lagi semuanya lelaki, Awiah berpendapat tidak adil untuknya membuatkan perbandingan kerana tidak berkesempatan dan berpengalaman membesarkan anak perempuan. Dia hanya sempat membesarkan anak perempuan selama lapan bulan kerana satu-satunya anak perempuannya, anak kedua dalam keluarga meninggal dunia ketika berusia lapan bulan.

Tidak kira anak perempuan atau lelaki, sebagai seorang ibu sudah menjadi tanggung jawabnya untuk memberikan kasih sayang dan didikan sempurna kepada mereka supaya menjadi insan berguna dan mempunyai bekalan di dunia dan akhirat.

“Saya tidak dikurniakan anak perempuan, jadi anak-anak lelaki saya perlulah belajar membuat kerja rumah seperti menyapu, membantu di dapur, membasuh pinggan, mengemas, lap tingkap dan sebagainya. Tetapi, anak yang bakal menduduki peperiksaan perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran masing-masing manakala yang lain meneruskan tanggung jawab membantu saya. Arwah bapa mereka pula akan memberi hadiah jika mereka cemerlang dalam pendidikan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penganugerahan itu.


Awiah memberitahu, kehidupan mereka sekeluarga sebelum ini selalu berpindah-randah kerana mengikut suami bertugas. Oleh itu, hampir semua urusan keluarga dan anak terletak di bahunya. Memikul tanggungjawab itu, Awiah perlu memastikan anak berdisiplin dan saling membantu.

Sebagai ibu sudah tentu perasaan risau sentiasa wujud dalam diri, andai ada anak terjebak gejala tidak sihat apatah lagi semua anaknya lelaki. Justeru, dalam senyap, Awiah sentiasa memeriksa beg sekolah anak-anak untuk memastikan mereka tidak terbabit dengan perkara negatif, malah dia melarang anak-anak merokok.

Penekanan terhadap agama Islam sentiasa diutamakan Awiah pada anak-anak, menunaikan solat fardu dan sunat serta mengikuti kelas agama. Mereka sekeluarga juga selalu sembahyang berjemaah dan lazimnya, selepas solat Awiah akan membacakan hadis kepada anak-anak sekali gus ia banyak memberi pengajaran dan membantu membentuk keperibadian positif anak-anak.

Anak-anak turut dididik supaya sentiasa bersabar dalam semua urusan, di samping menghormati orang tua dan mengamalkan akhlak yang mulia.

“Dulu, ketika anak-anak masih kecil, saya selalu ketuk pintu untuk bangunkan mereka mengerjakan solat, malah hingga ke hari ini, saya masih mengingatkan mereka supaya tidak mengabaikan agama,” katanya sambil ketawa kecil.

Menyedari kesusahan hidup dan tidak mempunyai banyak duit, Awiah juga mengajar dan memupuk anak budaya menabung. Malah, berkat kerja keras dan jimat cermat, Awiah dapat membantu suami membeli tanah dan rumah.

Kejayaan anak-anak dan kehidupan keluarga Awiah sering menjadi rujukan atau contoh kepada masyarakat di kampung mereka. Misalnya, anak sulung, Saudi adalah anak kampung yang pertama masuk universiti manakala anak kelima, Mohd Fadzli berjaya menjadi doktor pertama dalam kampung mereka.

Kehidupan senang dan stabil dinikmati selepas anak-anak berjaya dalam kerjaya masing-masing, ternyata tidak pernah mengaburi mata Awiah. Walaupun mampu melancong jauh ke luar negara, membeli banglo mewah dan memakai barangan berjenama, Awiah dengan tulus ikhlas mewakafkan tanah dan sebahagian rumah untuk pembinaan Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur serta membiayai sebahagian pelajar miskin. Bukan setakat itu, dua bilik rumahnya dikhususkan untuk guru yang mengajar agama dan al-Quran untuk masyarakat setempat.

Mengharungi hidup selepas bergelar balu, Awiah kini banyak menghabiskan masa menguruskan dusun tinggalan arwah selain memberi tumpuan kepada pengurusan tahfiz dengan dibantu anak kelapannya, Norafendi, yang juga guru tahfiz di situ. Apa yang pasti Awiah sentiasa menjadi inspirasi kepada anak-anaknya.

Anak 9 orang (semua lelaki)

1. Saudi - Usahawan (lulusan bidang fizik)

2. Roslan - Jurutera Kanan Petronas (lulusan kejuruteraan kimia)
3. Abdul Fatah - Pembantu perubatan, lulusan Diploma Psikiatri

4. Mohd Fauzi - Pengurus Maxis (lulusan pengurusan rangkaian & telekomunikasi)

5. Mohd Fadzli - Doktor (klinik sendiri), lulusan perubatan
6. Mohd Fadzil - Penolong Pengurus MMU Cyberjaya (graduan universiti)
7. Norhisham _ Pengurus Felda (lulusan biologi gunaan)

8. Norafendi - Pengetua Tahfiz (graduan universiti)

9. Mohd Farid - sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah

5 comments:

  1. saya pun tengok dokumentari tu dan kagum jugak..;)

    ReplyDelete
  2. wah..sy pn nk mcm ni jugak..
    amin..

    ReplyDelete
  3. memang kagum dgn ibu mithali ni...

    nieaz,
    kalo nak betulkan link @ susun widget, kakyong buleh tolong buatkan... let's email kakyong72@gmail.com

    ReplyDelete
  4. dulu jual kuih, zaman ini kena jual kek hheee dadih dan pembunggkusan yang ada kod bar..

    ReplyDelete