Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 18, 2010

KEPERLUAN KEPERLUAN SOLAT YANG BAIK YANG DIANJURKAN OLIH AHLI- AHLI SUFI.

Ahli ahli Sufi menulis bahawa ada dua belas ribu fadhilat yang dapat dicapai dalam solat melalui dua belas perkara.Kalau seseorang mahu mendapat manafaat yang penuh dari solatnya,dia mestilah menjaga perkara perkara ini.Ikhlas sudah tentu mustahak pada setiap langkah.Perkara perkara itu adalah saperti berikut:

1. Ilmu:Sesuatu ibadat yang diamal tanpa ilmu amatlah rendah mutunya dari ibadat yang diamal dengan cukup ilmu.Oleh itu kita mestilah tahu:
a. yang manakah dari amalan amalan itu yang fardu dan yang sunat.
b. apakah yang fardu dan apakah yang sunat dalam wudhu dan solat.
c. bagaimanakah Syaitan itu menhalang dalam solat.


2. Wudhu:Kita mestilah cuba:

a. membersihkan hati kita dari hasad dan dengki saperti mana kita membersih anggota anggota
badan kita yang lain.
b. menjaga diri kita agar bersih dari dosa.
c. supaya jangan membazir dalam menggunakan air.


3. Pakaian:Pakaian kita hendaklah:
a. yang diperolehi dari sumber yang halal
b. yang bersih.
c. menurut sunnah yakni mata kaki (buku lali) jangan ditutup
d. sederhana dan jangan yang menunjukkan sifat sombong dan bermegah.


4. Waktu:Kita hendaklah boleh:
a. memberitahu waktu yang betul pada sebilang masa.
b. berwaspada akan azan setiap ketika.
c. menitik beratkan waktu solat kerana takut kalau kalau terlambat.

3 comments:

  1. salam kenalan nieaz,

    singgah sini jengah blog nieaz..
    kenapa byk sgt link kat atas tu.. kenapa tak letak bloglist di sidebar..?

    ReplyDelete
  2. Salam kakyong, kita still tak tau camner nak nak buat... hehehe..

    ReplyDelete
  3. nieaz,
    senang2 email la kakyong, nanti kakyong tunjukkan cara, senang ajer sebenarnya..

    kakyong72@gmail.com

    ReplyDelete