Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

Pagi Hari Ahad semalam aku dapat saksikan sendiri kisah seorang ibu yang hebat... Aku tengok kisah ibu hebat tersebut di TV1, sambil menangis kerana aku rasa betapa bertuah dan bahagianya dia sebagai seorang perempuan, isteri, dan ibu. Dan anak-anak lelaki beliau seramai sembilan orang itu juga bertuah kerana dapat seorang ibu yang hebat macam tuh. Aku yang teruja sangat dengan kisah itu. Maklumlah anak aku ketiga-tiganya lelaki, so ianya macam motivasi untuk aku agar aku tidak putus harapan terhadap semua anak-anak lelaki aku.

Memang sekarang ketiga-tiga anak aku agak hyperaktif dan selalu buat aku naik angin, tapi bila lihatkan wanita hebat tersebut aku terus menginsafi diri aku... Lepas ini kena ler bahagi-bahagikan tugas. Tak lah asyik angah jer yang kena suruh... si abang gan adik tau memerintah angah jer... sian angah... So, aku nak keluarkan entry nie , untuk aku memotivasikan aku supaya bersemagat menjadi mama kepada 3 orang anak lelaki aku tuhh...

Ketakwaan yang tinggi, mementingkan disiplin dan pendidikan anak-anak serta usahanya mewakafkan tanah dan sebahagian rumah untuk dijadikan pusat tahfiz al-Quran memberi merit kepada Awiah Awi untuk diangkat sebagai Ibu Mithali 2010.

Awiah, 64, balu sembilan anak lelaki, memenangi anugerah tersebut setelah mengatasi tiga finalis lain untuk membolehkan beliau menerima hadiah wang tunai RM25,000; pakej umrah untuk tiga orang bernilai RM20,000; kerongsang emas bertatah berlian bernilai RM3,000 dan piala.

Kesemua anaknya, masing-masing berusia antara 20 dan 48 tahun kecuali anak kedua yang bertugas di luar negara, hadir menyaksikan acara penuh bersejarah bagi keluarga mereka itu.

Awiah yang ditemui pada sidang akhbar selepas majlis tersebut berkata, beliau amat bersyukur dengan anugerah yang diberikan namun mengakui ia sesuatu yang berat untuk dipikul.

"Anugerah ini sesuatu yang menggembirakan dan tidak disangka-sangka dan saya merasa seperti tidak layak," katanya merendah diri.

Nenek kepada 42 cucu dan seorang cicit itu disifatkan sebagai wanita yang memiliki semangat juang tinggi khususnya dalam membantu suaminya mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Berhasrat menyumbang sebahagian wang yang diterima untuk kegunaan pusat tahfiz kelolaannya di Muar dan Kemboja, Awiah berkata, Pusat Tahfiz An-Nur yang didirikan di Muar kini mempunyai 160 pelajar termasuk dari Indonesia, Singapura dan Kemboja manakala di Kemboja yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu memiliki 60 pelajar.

Mengenai rahsia kejayaan mendidik anak-anak, Awiah memberitahu, selain hasil didikan tegas arwah suaminya, Hamid Samad, seorang pesara tentera yang meninggal empat tahun lalu, beliau juga seorang yang tegas dan amat mementingkan disiplin.

Maka tidak hairanlah anaknya menjadi doktor pertama di kampung halaman mereka selain menjadi anak kampung pertama yang menjejakkan kaki ke universiti.

Seorang anak Awiah, Mohd. Fauzi, 41, berkata, ibunya sangat menitikberatkan soal pembahagian masa dan memastikan setiap anak membantunya termasuk kerja-kerja dapur.

"Tetapi mak akan pastikan anak yang akan menduduki peperiksaan memberi tumpuan kepada pelajaran manakala yang lain akan melakukan kerja-kerja rumah," kata pengurus di sebuah syarikat telekomunikasi di ibu kota itu.

Bagaimanapun, Awiah Awi tidak pernah melihat kelemahan itu wujud dalam dirinya. Lalu, ketika usia mudanya beliau sedaya upaya melakukan pelbagai pekerjaan seperti menjual kuih dan menjahit serta kerja berat lain yang boleh mendatangkan rezeki halal.

Beliau tidak pernah lelah mahu pun mengeluh, semata-mata mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Berkat kegigihan dan ketulusan hati seorang ibu, Awiah dinobatkan sebagai Ibu Mithali ke-10 dan boleh berbangga kerana semua ‘hero’ dididik dengan tegas tetapi penuh kasih sayang kini meniti kejayaan hidup masing-masing.

Awiah yang berasal daripada Muar, Johor Bahru berkata, membuatnya berasa lebih gembira dan bahagia ialah apabila semua anak-anak walaupun sudah berjaya di dunia, mereka tidak pernah lupa untuk memberi sumbang bakti dalam kerja kebajikan masyarakat dan aktiviti keagamaan.

Semua kejayaan keluarganya sekarang adalah hasil didikan tegas bersama arwah suaminya, Hamid Samad, seorang bekas tentera yang meninggal dunia empat tahun lalu kerana sakit tua.
Mengimbas kehidupannya, Awiah berkata beliau berkahwin muda ketika berusia sembilan tahun bersama pasangan hidupnya yang juga pilihan keluarganya tetapi hanya memulakan hidup sebagai suami isteri ketika beliau berusia 13 tahun tanpa sebarang pengalaman untuk menjadi seorang ibu muda.

Namun, hari ini, hampir semua anaknya yang berusia antara 20 tahun dan 48 tahun berjaya dicorakkan menjadi insan berguna sehingga berjaya menggenggam ijazah serta mempunyai kerjaya baik seperti pengurus, doktor, pengetua dan ahli perniagaan.

Ditanya apakah, cabaran besar mendidik anak ramai, apatah lagi semuanya lelaki, Awiah berpendapat tidak adil untuknya membuatkan perbandingan kerana tidak berkesempatan dan berpengalaman membesarkan anak perempuan. Dia hanya sempat membesarkan anak perempuan selama lapan bulan kerana satu-satunya anak perempuannya, anak kedua dalam keluarga meninggal dunia ketika berusia lapan bulan.

Tidak kira anak perempuan atau lelaki, sebagai seorang ibu sudah menjadi tanggung jawabnya untuk memberikan kasih sayang dan didikan sempurna kepada mereka supaya menjadi insan berguna dan mempunyai bekalan di dunia dan akhirat.

“Saya tidak dikurniakan anak perempuan, jadi anak-anak lelaki saya perlulah belajar membuat kerja rumah seperti menyapu, membantu di dapur, membasuh pinggan, mengemas, lap tingkap dan sebagainya. Tetapi, anak yang bakal menduduki peperiksaan perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran masing-masing manakala yang lain meneruskan tanggung jawab membantu saya. Arwah bapa mereka pula akan memberi hadiah jika mereka cemerlang dalam pendidikan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penganugerahan itu.


Awiah memberitahu, kehidupan mereka sekeluarga sebelum ini selalu berpindah-randah kerana mengikut suami bertugas. Oleh itu, hampir semua urusan keluarga dan anak terletak di bahunya. Memikul tanggungjawab itu, Awiah perlu memastikan anak berdisiplin dan saling membantu.

Sebagai ibu sudah tentu perasaan risau sentiasa wujud dalam diri, andai ada anak terjebak gejala tidak sihat apatah lagi semua anaknya lelaki. Justeru, dalam senyap, Awiah sentiasa memeriksa beg sekolah anak-anak untuk memastikan mereka tidak terbabit dengan perkara negatif, malah dia melarang anak-anak merokok.

Penekanan terhadap agama Islam sentiasa diutamakan Awiah pada anak-anak, menunaikan solat fardu dan sunat serta mengikuti kelas agama. Mereka sekeluarga juga selalu sembahyang berjemaah dan lazimnya, selepas solat Awiah akan membacakan hadis kepada anak-anak sekali gus ia banyak memberi pengajaran dan membantu membentuk keperibadian positif anak-anak.

Anak-anak turut dididik supaya sentiasa bersabar dalam semua urusan, di samping menghormati orang tua dan mengamalkan akhlak yang mulia.

“Dulu, ketika anak-anak masih kecil, saya selalu ketuk pintu untuk bangunkan mereka mengerjakan solat, malah hingga ke hari ini, saya masih mengingatkan mereka supaya tidak mengabaikan agama,” katanya sambil ketawa kecil.

Menyedari kesusahan hidup dan tidak mempunyai banyak duit, Awiah juga mengajar dan memupuk anak budaya menabung. Malah, berkat kerja keras dan jimat cermat, Awiah dapat membantu suami membeli tanah dan rumah.

Kejayaan anak-anak dan kehidupan keluarga Awiah sering menjadi rujukan atau contoh kepada masyarakat di kampung mereka. Misalnya, anak sulung, Saudi adalah anak kampung yang pertama masuk universiti manakala anak kelima, Mohd Fadzli berjaya menjadi doktor pertama dalam kampung mereka.

Kehidupan senang dan stabil dinikmati selepas anak-anak berjaya dalam kerjaya masing-masing, ternyata tidak pernah mengaburi mata Awiah. Walaupun mampu melancong jauh ke luar negara, membeli banglo mewah dan memakai barangan berjenama, Awiah dengan tulus ikhlas mewakafkan tanah dan sebahagian rumah untuk pembinaan Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur serta membiayai sebahagian pelajar miskin. Bukan setakat itu, dua bilik rumahnya dikhususkan untuk guru yang mengajar agama dan al-Quran untuk masyarakat setempat.

Mengharungi hidup selepas bergelar balu, Awiah kini banyak menghabiskan masa menguruskan dusun tinggalan arwah selain memberi tumpuan kepada pengurusan tahfiz dengan dibantu anak kelapannya, Norafendi, yang juga guru tahfiz di situ. Apa yang pasti Awiah sentiasa menjadi inspirasi kepada anak-anaknya.

Anak 9 orang (semua lelaki)

1. Saudi - Usahawan (lulusan bidang fizik)

2. Roslan - Jurutera Kanan Petronas (lulusan kejuruteraan kimia)
3. Abdul Fatah - Pembantu perubatan, lulusan Diploma Psikiatri

4. Mohd Fauzi - Pengurus Maxis (lulusan pengurusan rangkaian & telekomunikasi)

5. Mohd Fadzli - Doktor (klinik sendiri), lulusan perubatan
6. Mohd Fadzil - Penolong Pengurus MMU Cyberjaya (graduan universiti)
7. Norhisham _ Pengurus Felda (lulusan biologi gunaan)

8. Norafendi - Pengetua Tahfiz (graduan universiti)

9. Mohd Farid - sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah

Thursday, October 28, 2010


Air Wudhu

Wudhu merupakan salah satu ibadah yang khas yang dapat dipakai untuk solat, thawaf, hendak tidur, jalan keluar rumah, serta memelihara jiwa dan raga dari berbagai cacat.

Wudhu dengan air bersih dan murni bererti meniti kosmetik tradisional dan anti biotik alamiah, kerana itu, Islam tidak membenarkan berwudhu dengan air musta'mal (air bekas dipakai), air buah-buahan, akar-akaran atau air yang sudah berubah sifat-sifatnya (warna, rasa dan baunya). Seperti telah dijelaskan sebelumnya, bahawa wudhu ialah membasuh muka, membasuh kedua tangan hingga dua siku, menyapu kepala, dan membasuh kaki hingga dua mata kaki yang diawali dengan niat dalam hati.

Almarhum Buya Hamka, melalui bukunya "Lembaga Hidup" menulis tentang wudhu sbb:

"Lima kali sekurang-kurangnya sehari semalam disuruh berwudhu dan solat. Dan meskipun wudhu belum lepas, sunnat pula memperbaharuinya. Oleh ahli tasawuf diterangkan pula hikmah wudhu itu. Mencuci muka, ertinya mencuci mata, hidung, mulut dan lidah, kalau-kalau tadinya berbuat dosa ketika melihat, berkata dan makan. Mencuci tangan dengan air, dalam hati dirasa seakan-akan membasuh tangan yang terlanjur berbuat salah. Membasuh kaki, dan lain-lain demikian pula. Mereka perbuat hikmat-hikmat itu, meskipun di dalam hadis dan dalil tidak bertemu, adalah supaya manusia jangan membersihkan lahirnya saja, padahal bathinnya masih tetap kotor. Hatinya masih khizit, loba, tamak, rakus, sehingga wudhunya lima kali sehari itu tidak berbekas diterima Allah, dan sembahyangnya tidak menjauhkan dari pada fahsya (keji) dan mungkar (dibenci)".

"Bukan kita hidup mencari puji, bukan pula supaya kita paling atas di dalam segala hal. Meskipun itu tidak kita cari, kalau kita menjaga kebersihan, kita akan dihormati orang juga". Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: "Perbaguslah pakaianmu, perbaiki tunggangan (kenderaan) mu, sehingga kamu laksana sebutir tahi lalat di tengah-tengah pipi, di dalam pergaulan dengan orang banyak".

Allah s.w.t. menurunkan wahyu, memberi hidayah penuntun rohani dan jasmani agar keduanya tetap berfungsi dan terpelihara.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah pergi ke kuburan, lalu memberi salam : "Assalamu'alaikum Dara Qaumin (perkampungan orang mukmin) dan Insya Allah kami akan menyusul kemudian, saya ingin benar melihat-lihat saudaraku." Berkata sahabat: "Bukankah kami ini adalah saudaramu ya Rasulullah? "Ya, kamu adalah sahabatku, dan saudara-saudaraku yang belum datang kini." Sahabat kembali bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenal mereka yang belum datang kini dari ummatmu ya Rasulullah?" Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bagaimana pendapatmu jika seorang mempunyai kuda belang putih muka dan kakinya, ditengah-tengah kuda yang semuanya hitam, tidakkah mudah mengenal kudanya?" Para sahabat menjawab : "Benar Ya Rasulullah." "Maka itu ummatku nanti kelak pada hari kiamat bercahaya muka dan kakinya sebagai bekas wudhu, dan saya akan membimbing mereka itu ke Haudh (Telaga Syafa'at)"

Cahaya, Kebersihan dan Kehidupan

Dalam air wudhu yang sakral terdapat cahaya, kebersihan dan kehidupan. Air bekas (mus'tamal) atau tersadur najis, akan menjadi sumber penyakit, buruk bagi fisik, kimia, maupun biologis. Islam pun melarang berwudhu dengan air yang demikian. Air sebagai keperluan vital kehidupan. Al-Qur'an memberi penjelasan bahawa kehidupan dimulai dari air, seperti disebutkan dalam firmannya:

"Dan kami telah menciptakan segala sesuatu yang hidup itu dari air, apakah mereka belum mau juga beriman?" (Al-Anbiya:30).


Monday, October 18, 2010

KEPERLUAN KEPERLUAN SOLAT YANG BAIK YANG DIANJURKAN OLIH AHLI- AHLI SUFI.

Ahli ahli Sufi menulis bahawa ada dua belas ribu fadhilat yang dapat dicapai dalam solat melalui dua belas perkara.Kalau seseorang mahu mendapat manafaat yang penuh dari solatnya,dia mestilah menjaga perkara perkara ini.Ikhlas sudah tentu mustahak pada setiap langkah.Perkara perkara itu adalah saperti berikut:

1. Ilmu:Sesuatu ibadat yang diamal tanpa ilmu amatlah rendah mutunya dari ibadat yang diamal dengan cukup ilmu.Oleh itu kita mestilah tahu:
a. yang manakah dari amalan amalan itu yang fardu dan yang sunat.
b. apakah yang fardu dan apakah yang sunat dalam wudhu dan solat.
c. bagaimanakah Syaitan itu menhalang dalam solat.


2. Wudhu:Kita mestilah cuba:

a. membersihkan hati kita dari hasad dan dengki saperti mana kita membersih anggota anggota
badan kita yang lain.
b. menjaga diri kita agar bersih dari dosa.
c. supaya jangan membazir dalam menggunakan air.


3. Pakaian:Pakaian kita hendaklah:
a. yang diperolehi dari sumber yang halal
b. yang bersih.
c. menurut sunnah yakni mata kaki (buku lali) jangan ditutup
d. sederhana dan jangan yang menunjukkan sifat sombong dan bermegah.


4. Waktu:Kita hendaklah boleh:
a. memberitahu waktu yang betul pada sebilang masa.
b. berwaspada akan azan setiap ketika.
c. menitik beratkan waktu solat kerana takut kalau kalau terlambat.

Tuesday, October 12, 2010

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu
antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur
kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka
dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu itu.
Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura
Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan
dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla
malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan
lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon
dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai
kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan
kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka
kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya
Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Tanda-Tanda Kematian...

TANDA2 KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.


Firman Allah SWT;
Bermaksud
; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati

maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"

(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini
akan
terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.


Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan
Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri

Monday, October 11, 2010

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angina ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.



New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat.
Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapal terbang, seperti disiarkan oleh AFP.



DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.


Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung.
Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom:


1. Cepat penat.
2. Mengah.
3. Sakit dada.
4. Denyutan nadi laju.
5. Lemah di bahagian kaki.
6. Kurang selera makan.
7. Batuk.
8. Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.


Cegahan:


1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki.
3. Elakkan meminum airbatu.
4. Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk.
5. Sentiasa meminum air panas.
6. Amalkan bersenam.

Rawatan:

Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).

Sunday, October 10, 2010

Kau Dan Aku

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti